Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

MAJLIS RAMAH MESRA DAN SILATURAHIM JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG 2019

Jabatan Agama Islam Pahang telah mengadakan Majlis Ramah Mesra dan Silaturahim sempena Hari Raya Aidilfitri pada 3 Julai 2019 bersamaan 29 Syawal 1440H di Dataran PAID Pekan. Setiap tahun JAIP akan mengadakan jamuan hari raya di tempat yang berbeza. Sebanyak 42 gerai telah menyediakan pelbagai juadah untuk dijamu kepada para tamu. Dimana gerai-gerai ini terdiri dari Pejabat Agama Islam Daerah dan Sekolah Agama Kerajaan Negeri Pahang (SMAN). Seramai 22 orang warga SMAKT yang terdiri dari guru dan kakitangan telah berpeluang menghadiri jamuan tersebut.

Tag: 2019 Aktiviti

0 komen

Sila berikan komen anda di sini