Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PROGRAM LADIES NIGHT

Biro  Akademik Aspuri Fatimah Az-Zahra telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan satu program kepada pelajar asrama puteri demi melahirkan muslimah yang unggul dari segi akhlak. Program pada kali ini bertemakan “Akhlak Tarbiyyatul Ummah”.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang kepentingan mejaga aurat dan suara. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi kesedaran tentang pentingnya menjaga maruah diri dan dapat menerapkan nilai-nilai Islam dalam diri pelajar.

Program ini telah berjaya dilaksanakan pada malam 8 Februari 2020 (Sabtu) bertempat di Surau Aspuri Fatimah Az-Zahra.

Aturcara Program:
8.00 am : Usrah
8.45 am : Solat Isya' Berjemaah
9.30 am : Tayangan
10.15 am : Tazkirah Ringkas
10.30 am : Bersurai

Tag: 2020 Aktiviti

0 komen

Sila berikan komen anda di sini