Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PROGRAM PELAPIS SESI 2020

Program Pelapis untuk sesi 2020  telah berjaya dilaksanakan pada 1 Februari 2020 bersamaan 7 Jamadulakhir 1441H bertempat di Dewan Al-Abqori.  pada  Program ini dibawah anjuran Badan Dakwah Dan Ibadah (BADIB). Program ini disasarkan kepada MT dan Exco BADIB. Aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang program tersebut antaranya latihan dalam kumpulan dan talk daripada alumni.

Antara Objektif utama program ini adalah:
1)      Untuk membentuk takwim program setiap unit di bawah bimbingan Alumni. 
2)      Untuk berkenalan dan beramah mesra diantara unit. 
3)      Untuk bertukar-tukar idea dan pandangan sesama Naqib.
4)      Untuk perbincangan hala tuju bagi setiap unit.

Program ini telah bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari. Diharap agar semua peserta memperoleh manfaat yang sangat berguna sepanjang menjalankan amanah yang diberi.

Tag: 2020 BADIB

0 komen

Sila berikan komen anda di sini