Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PENDAFTARAN PELAJAR STAM 2018

8 January 2018, Isnin : Pendaftaran Pelajar STAM sesi 2018 telah diadakan pada 8hb Januari yang lalu. Seramai 59 orang pelajar telah pun menerima tawaran tersebut dan sekaligus mendaftarkan diri sebagai pelajar STAM di SMAKT. Sebanyak 2 kelas telah disediakan bagi menempatkan pelajar-pelajar tersebut. 

Seramai 28 orang pelajar telah didaftarkan di dalam kelas 6 As-Syaukani, yang mana Ustaz Hj Hussain Bin Yusoh telah dipertanggungjawabkan sebagai guru kelas tersebut. Manakala kelas 6 As-Syafei pula telah menerima pendafatran seramai 31 orang pelajar dan Ustazah Nor Aisyah Atiqah Bt Azieh telah dilantik sebagai guru kelas bagi tahun ini. 

Apa yang diharapkan agar semua pelajar dapat menanamkan azam dan tekad di dalam hati untuk menuntutlah ilmu sebaik-baiknya.

“Barangsiapa yang keluar untuk mencari ilmu maka ia berada di jalan Allah sampai ia kembali (HR Tirmidzi)”.

Tag: 2018 smakt stam

0 komen

Sila berikan komen anda di sini