Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

LATIHAN KEBAKARAN (FIRE DRILL) 2017

25 April 2017, Selasa: Bahagian keselamatan (4K) telah berjaya mengadakan latihan fire drill bertempat di Dataran Al-Muttaqin.  Pada tahun ini ada sedikit kejutan yang dilakukan oleh pihak bomba dan pihak pentadbiran. Dimana, mereka telah merancang untuk membuat kejutan kepada semua warga SMAKT dengan melakukan “gimik kebakaran” iaitu dengan membunyikan siren kebakaran ketika semua guru dan pelajar sudah berada di kelas masing-masing selepas selesai sesi perhimpunan. 
 
Sedikit kekecohan berlaku apabila ada segelintir pelajar yang berasa panik selepas mendengar siren tersebut. Namun keadaan dapat dikawal oleh semua guru matapelajaran yang memang berada di dalam kelas. Seterusnya semua pelajar dikehendaki berkumpul di zon keselamatan. Kemudian mereka diarahkan pula untuk menuju ke Dataran Al-Muttaqin bagi aktiviti seterusnya.  
 
Selepas latihan kebakaran tamat, pegawai bomba telah memberi taklimat bagaimana cara untuk menghadapi situasi ketika kebakaran sedang berlaku. Selesai sesi taklimat, satu latihan praktikal mengenai bagaimana cara memadamkan api menggunakan alat pemadam api telah dilakukan. Para guru dan pelajar telah diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman memadamkan api kebakaran.
 
Semoga latihan ini dapat di adakan untuk setiap tahun sebagai peringatan dan langkah keselamatan bagi menghadapi situasi kebakaran. 

Tag: Aktiviti smakt fire drill Proram 4K

0 komen

Sila berikan komen anda di sini