Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PERJUMPAAN UNIT BERUNIFOM SESI 2018

SMAKT – Perjumpaan kali pertama bagi 7 Unit Berunifom di SMAKT telah diadakan pada hari Rabu, 24 Januari yang lalu. Ia diadakan pada pukul 7.20 pagi, seusai perhimpunan dan berakhir pada pukul 8.15 pagi. Jadual bagi lokasi perjumpaan telah ditetapkan oleh SU Kokurikulum untuk memastikan perjalanan perjumpaan tersebut berjalan dengan lancar dan selesa. 

Antara aktiviti yang dijalankan semasa perjumpaan mesyuarat agung kali pertama ini ialah perlantikan AJK, merancang aktiviti dan menentukan jumlah yuran tahunan.

Dengan ini diucapkan terima kasih kepada semua di atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Tag: smakt 2018 Kokurikulum

0 komen

Sila berikan komen anda di sini