Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

SEMINAR DAN BENGKEL KECEMERLANGAN STAM 2019

Seminar Dan Bengkel Kecemerlangan STAM 2019 telah berjaya dilaksanakan selama tiga hari bermula 15 hingga 17 Ogos 2019 yang lalu. Seminar ini telah dilaksanakan di Grand Darulmakmur Hotel Kuantan. Sasaran seminar ini adalah kepada enam puluh orang pelajar tingkatan 6 yang akan menduduki peperiksaan STAM pada tahun ini. Objektif utama seminar ini diadakan adalah untuk meningkatkan kualiti akademik pelajar serta dapat melahirkan insan yang berilmu dan beramal. 

Penolong Pengarah Kanan, Unit Naziran, Latihan Dan SAN, Bahagian Pendidikan JAIP iaitu Ustazah Apidah Binti Zakaria@Daud telah merasmikan seminar tersebut. 

Tag: 2019 stam

0 komen

Sila berikan komen anda di sini