Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

KELAS INTENSIF TINGKATAN 4 BAGI MATA PELAJARAN AL-QURAN

Kelas Intensif Tingkatan 4 bagi mata pelajaran Al-Quran telah berjaya dilaksanakan di Dewan Utama pada 6 Julai 2019 (Sabtu) yang lalu. Seramai 174 orang pelajar dari tingkatan 4 telah menghadiri kelas tersebut. Kelas intensif ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Nafizal bin Osman dari Sekolah Menengah Agama Maran.

 Objektif utama program ini adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar teknik untuk menjawab soalan bagi mata pelajaran Al-Quran Syafawi dan Tahriri. Aktiviti yang telah dijalankan antaranya ialah latihan syafawi dan tahriri. Ustazah Suniza binti Sahbudin dan Ustazah Hazana bt Ghazali selaku guru mata pelajaran Al-Quran turut hadir ke seminar tersebut.

Tag: 2019 SMA

0 komen

Sila berikan komen anda di sini