Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH MASISUPA PERINGKAT SEKOLAH SESI 2020 BERLANGSUNG DENGAN MERIAH

Pada 3 Februari 2020 (Isnin), Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh telah berjaya mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah MASISUPA di peringkat sekolah Tahun 2020. Majlis ini telah dilaksanakan dengan meriahnya di Dataran Al-Muttaqin. Acara pertandingan MASISUPA di Peringkat Sekolah ini telah bermula dari 22 haribulan Januari dan berakhir pada 31 Januari yang lalu.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Cikgu Saiful Faizal Bin Karim selaku GPK Ko-kurikulum, Cikgu Zarina Bt Mohd Akhir selaku GPK HEM dan Ustaz Badrul Hisham Bin Abdul Aziz selaku GPK Pentadbiran dan Kurikulum.
 
Dalam temasya sukan pada kali ini telah menyaksikan Rumah Biru berjaya menggondol pingat Emas dalam 2 kategori iaitu acara Ilmiah (8 Emas) dan acara Sukan (10 Emas). Dengan ini sekaligus telah melayakkan Rumah Biru muncul sebagai Johan keseluruhan MASISUPA Peringkat Sekolah tahun 2020 dengan memiliki jumlah keseluruhan 18 Emas, 5 Perak dan 9 Gangsa. Naib Johan pula telah disandang oleh Rumah Merah dengan memiliki 10 Emas, 9 Perak dan 16 Gangsa. Manakala Rumah Hijau di tempat ketiga dengan memiliki 9 Emas, 13 Perak dan 12 Gangsa. Seterusnya menyaksikan tempat keempat pula diduduki oleh Rumah Kuning dengan memiliki 7 Emas, 17 Perak dan 7 Gangsa. 

Tahniah buat semua warga SMA Al-Khairiah yang telah bekerjasama bagi menjayakan program ini berjalan lancar dengan jayanya.

Tag: 2020 Ko-Kurikulum MASISUPA

0 komen

Sila berikan komen anda di sini