Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

KURSUS VOKAL DAN PERCUSSION

SMAKT – Ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang seni juga merupakan satu kelebihan kepada pelajar. Kelebihan ini boleh membantu para pelajar untuk menceburi dalam bidang seni sebagai satu hobi mahupun sebagai kerjaya di masa hadapan. Apa yang lebih utama adalah seni merupakan satu wadah dan pemangkin kepada dakwah islam.

Oleh yang demikian, Kelab Kesenian Dan Kebudayaan SMAKT telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan satu kursus yang berkaitan dengan vocal dan percussion. Penceramah jemputan didatangkan khas dari Syarikat Sutra Nurani Enterprise, yang bertempat di Bandar Baru Selayang.

Kursus ini telah bermula dari pukul 1.00 tengahari dan berakhir pada pukul 6.00 petang. Ianya telah diadakan pada 31 Januari yang lalu dan bertempat di Dewan Al-Abqori SMAKT. Sasaran utama peserta adalah dikhususkan kepada ahli kelab tersebut. 

Antara objektif kursus ini diadakan ialah:
1.      Untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai teknik vocal serta bagaimana cara untuk mengendalikan peralatan muzik dengan betul.
2.      Untuk Menggalakkan pelajar menyiapkan diri dengan kemahiran tertentu sebagai nilai tambah untukmemajukan diri di masa hadapan.
3.      Untuk menanam minat pelajar terhadap seni vocal dan persembahan yang merupakan salah satu cabang seni islam.

Tag: 2018 smakt

0 komen

Sila berikan komen anda di sini