Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

MAJLIS PERSARAAN CIKGU SITI KHALIJAH BINTI SUHAIMI

Tanggal 17 Jun 2017 bersamaan 22 Ramadhan, Sabtu, Satu Majlis Persaraan untuk Cikgu Siti Khalijah Binti Suhaimi telah berjaya diadakan di Dataran Al-Muttaqin SMAKT. Majlis telah dimulakan selepas selesai sesi perhimpunan pagi dengan acara perarakan masuk yang dirai dan guru-guru pengiring ke pentas utama. Kemudian acara diteruskan lagi dengan bacaan doa, persembahan dari pelajar dan juga sesi ucapan. 

SMA Al-Khairiah berasa sedih di atas kehilangan satu lagi permata yang telah banyak berjasa  dan memberi sumbangan dalam tunjuk ajar. Walaubagaimanapun, seluruh warga SMAKT redha dengan persaraan beliau dan akan sentiasa mengingati sumbangan yang telah dicurahkan oleh beliau untuk anak didik SMAKT. Semoga dapat berehat dalam keadaan aman dan tenteram. Selamat bersara Cikgu Siti Khalijah, mudahan rahmat Allah sentiasa mengiringi dan menaungi sepanjang kehidupan cikgu.

 

Segak bergaya putera mahkota,
Dimahkotakan dalam majlis yang meriah,
Izinkan saya mencoret biodata,
Didahului dengan lafaz Bismillah.
 
Pada Tanggal 17 Jun 1972, lahirnya seorang insan yang sangat berdedikasi. Nama diberi Siti Khalijah. Beliau merupakan anak ketiga daripada empat adik-beradik. Beliau dijaga dan diberi didikan yang sempurna oleh Encik Suhaimi dan Puan Noraini.
 
Beliau telah mendapat pendidikan rendah dari tahun 1969 sehingga tahun 1974. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah dari tahun 1975 sehingga 1979. Pada tahun 1985 sehingga tahun 1988, beliau telah memilih untuk melanjutkan pelajaran di Maktab perguruan.
 
Manakala pada tahun 1986, beliau telah mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan pasangannya dan telah dikurniakan cahayamata seramai 5 orang .
 
Seterusnya pada tahun 1982, beliau telah memulakan tugas sebagai guru sandaran di SMA Al-khairiah, Temerloh. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini selama 35 tahun dari tahun 1982 sehingga tahun  2017. 
 
Diatas kecemerlangannya sebagai seorang pendidik, beliau telah dianugerahkan  Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2003. 
 
Dari mana hendak kemana,
Tinggi rumput dari padi,
Tahun mana bulan mana,
Dapat kita berjumpa lagi.

Tag: smakt Aktiviti Majlis Persaraan Majlis persaran Cikgu Siti Khalijah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini