Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

HARI PELAPORAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2019

SMAKT - Hari Pelaporan Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi tingkatan 1, 2 dan 6 telah berjaya dilaksanakan di kelas masing-masing pada 28 Julai 2019 (Jumaat) yang lalu. Hari pelaporan ini bermula seawal jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.
 
Ianya merupakan aktiviti tahunan yang diadakan oleh pihak sekolah dan menjadi medan pertemuan di antara guru, pelajar dan ibu bapa bagi membincangkan pencapaian akademik anak-anak mereka. Kehadiran ibu bapa dan  penjaga amat menggalakkan.
 
 Tahniah diucapkan kepada pelajar yang telah memperoleh keputusan yang cemerlang dan jangan berputus asa bagi pelajar yang tidak berjaya. 

Tag: 2019 Peperiksaan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini