Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

MAJLIS TAARUF PELAJAR TINGKATAN 1 2017

3 Jan 2017, Selasa: Majlis Taaruf Pelajar Tingkatan 1 pembuka tirai 2017 ini diadakan khas untuk menyambut kedatangan pelajar baru Tingkatan 1 bagi sesi 2017 seramai 171 orang. Majlis ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk menyesuaikan diri serta bersuaikenal bagi merapatkan ukhwah dengan rakan-rakan yang baru. Ia juga bertujuan untuk  menerapkan nilai yang positif dan efektif dalam mencintai alam persekolahan yang baru serta lebih bersemangat untuk menempuhi alam persekolahan disamping mengetahui selok belok tentang proses pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 1 ini kerana mereka akan mempelajari dua bidang dalam satu masa iaitu Bouth dan Akademik. Oleh itu, para pelajar akan didedahkan dengan beberapa sesi penerangan yang berkait rapat dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan serta dipelajari sepanjang tahun di sekolah ini.


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaskud,

”Setiap anak dilahirkan dalam keadaan bersih(fitrah) suci. Maka kedua ibu bapanyalah yang mencorakkannya sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi”

Tag: smakt Pendaftaran Tingkatan 1 Aktiviti

0 komen

Sila berikan komen anda di sini