Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PROGRAM PENUTUPAN USRAH MUSLIMAT 2019

Penutupan Usrah bagi tingkatan 1  hingga 3 telah berjaya dilaksanakan pada 30 Ogos 2019 (Jumaat).  Program dibawah anjuran BADIB ini telah diadakan DI Dewan Al-Abqori dan telah berlangsung selama 3 jam, bermula pukul 12.30 pm dan berakhir 2.30 pm. Program ini disasarkan kepada pelajar perempuan sahaja.
 
Aktiviti yang telah dijalankan antaranya ialah majlis penutupan usrah dan praktikal solat jenazah. Objektif program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai teori dan praktikal untuk solat jenazah.
 
Ustazah Fatimah binti Karim turut hadir pada program tersebut sekaligus merasmikan Majlis Penutupan Usrah 2019.
 
 
APA ITU USRAH? 
Dari segi bahasa, perkataan usrah الأسرة adalah bahasa Arab yang bermaksud keluarga.
Dari segi istilah, usrah ialah kelompok manusia yang beriman dengan Islam dan berusaha tolong-menolong sesama sendiri untuk memahami dan menghayati Islam; berusaha mempertingkatkan ilmu dan amal, dan menghindari maksiat danpermusuhan berdasarkan firman Allah,bermaksud:
 
Bertolong-tolonganlah kamu berbuat kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan berbuat dosa dan aniaya dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras seksanya.
(Al-Maidah : 2)

Tag: 2019 Aktiviti BADIB

0 komen

Sila berikan komen anda di sini