Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PROGRAM BADIB : ADAB KAT MANA?

Pada 3 hingga 12 September 2019, Badan Dakwah dan Ibadah (BADIB) SMA Al-Khairiah telah mengadakan program ADAB KAT MANA?.  Program ini dilaksanakan bertujuan untuk: 

·         Menjelaskan cara hidup Islam melalui dakwah berhikmah.
·         Mengingatkan kembali para pelajar kepada akhlak Rasulullah SAW. 
·         Mendorong para pelajar mencontohi akhlak baginda.
·         Mentarbiah warga Al-Khairiah agar sentiasa beradab dalam kehidupan seharian. 

Bagi menjayakan program ini, BADIB telah menganjurkan beberapa pertandingan seperti:

·         Mengarang nukilan
·         Melukis komik tarbiah
·         Kuiz
·         Lakonan/hiwar
·         Tazkirah 5 minit
·         Melukis poster

Semua aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para pelajar. Ia berlandaskan akhlak kepada guru, ibubapa, sesama muslim, sahabat dan terhadap alam sekitar. Pertandingan Tazkirah 5 minit pula diadakan ketika perhimpunan pagi dihadapan semua pelajar dan guru supaya semua mendapat manfaat daripada tazkirah tersebut.

Majlis penutupan program pada hari Khamis, 12 September dirasmikan oleh pengetua SMA Al-Khairiah, Ustaz Zaidi bin Ismail. Di dalam ucapan penutupan tersebut, beliau mengingatkan pelajar-pelajar supaya menerapkan akhlak Rasulullah SAW di dalam setiap perkara yang dilakukan. Beliau juga berharap semoga usaha dapat dilakukan untuk mengingatkan kembali hadith-hadith berkaitan akhlak kepada pelajar secara berkala setiap minggu di hadapan perhimpunan pagi.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan. Muhammad Amer Fitri bin Ahmad dari kelas 1 Al-Ulya telah dipilih sebagai Pelajar Lelaki Paling Beradab dan Aina Shaqila binti Abd Wahid dari kelas 2 Al-Falah sebagai Pelajar Perempuan Paling Beradab. Semoga program yang bermanfaat seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa hadapan.

Tag: 2019 BADIB

0 komen

Sila berikan komen anda di sini