Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

HARI PELAPORAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN PT3 & SMA 2018

SMAKT – 7 September 2018 (Jumaat), Hari Pelaporan Keputusan Peperiksaan Percubaan PT3 dan SMA telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini. Keputusan peperiksaan percubaan mula diserahkan kepada penjaga seawal jam 10.30 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengahari. Ucapan tahniah kepada para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan percubaan ini. Bagi yang tidak berjaya jangan berputus asa, berusahalah bersungguh-sungguh untuk beroleh kejayaan semasa peperiksaan sebenar. Semoga segala usaha kalian mendapat keredhaan Allah. 

Tag: 2018 Peperiksaan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini