Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

MAJLIS JAMUAN HI-TEA AKHIR TAHUN KELAB MEMANAH

Pada 20 Oktober 2019 bersamaan 21 Safar 1441H (Ahad) Kelab Memanah SMAKT telah berjaya menganjurkan satu Majis Jamuan Hi-Tea Akhir Tahun Kelab. Jamuan ini telah diadakan di Dewan Dato’ Mohd Ghazali Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh. Majlis telah berlangsung pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang. Seramai 80 orang tetamu terdiri daripada ahli kelab, guru penasihat dan jemputan vip telah menghadiri jamuan tersebut.
 
Objektif utama penganjuran Jamuan Hi-Tea ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara sesame ahli serta guru penasihat dalam komunikasi yang lebih santai dan tidak formal. Selain itu ia bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berdisiplin dan fokus dalam bidang yang diceburi.
 
Antara pengisian Majlis Hi-Tea antaranya ucapan dari puan pengetua dan guru penasihat, penyampaian hadiah mencipta logo kelab, cabutan bertuah dan permainan mini games. 
 
Semoga aktiviti yang dijalankan dapat menambahkan ukhwah antara pelajar dan guru.

Tag: 2019 Kelab Memanah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini