Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PROGRAM HALA TUJU LULUSAN STAM

SMAKT – Seramai 74 orang pelajar tingkatan enam yang akan menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) telah menghadiri satu taklimat bertajuk Hala Tuju Lulusan STAM pada hari ini (Jumaat), 30 Mac 2018 bersamaan 12 Rejab 1439H. Program ini telah diadakan di Dewan Al-Abqori SMAKT. Taklimat ini telah disampaikan oleh Ustaz Zamri Bin Zainal Abidin dari Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

Hasil dapatan dari seminar tersebut ialah pelajar telah didedahkan mengenai tempoh pengajian STAM, dimana mereka hanya perlu mengambilnya selama setahun sahaja. Sistem pendidikannya pula adalah mengikut sistem persekolahan (termasuklah cuti sekolah). Manakala kelulusan STAM adalah setaraf dengan kelulusan Diploma. 

Bagi pelajar lepasan STAM yang memperoleh keputusan JAYYID mereka boleh menyambung pendidikan di universiti-universiti di Malaysia seperti UM, UKM, UPSI dan lain-lain. Manakala yang memperoleh keputusan JAYYID JIDDAN ke atas, mereka pula boleh menyambung pengajian di Mesir, Jordan, Turki, Maghribi dan sebagainya.

Diharapkan dengan adanya seminar seperti ini para pelajar dapat membuat pilihan dan boleh merancang hala tuju yang terbaik untuk mereka selepas mendapat keputusan kelak.

Tag: 2018 stam

0 komen

Sila berikan komen anda di sini