Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

GRAMMER EXCELLENCE WORKSHOP

4 Oktober 2017, Rabu: Satu bengkel untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris telah berjaya diadakan di Dewan Al-Abqori SMAKT. Bengkel ini telah menyasarkan pelajar-pelajar dari tingkatan lima sahaja memandangkan mereka akan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi. Ia telah dianjurkan oleh Panitia Bahasa Inggeris dan diselia oleh Cikgu Zarina binti Mohd Akhir dan Cikgu Vizata binti Mohd Shapian.

Bengkel telah bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang. Seramai 192 orang peserta telah menyertainya. Penceramah jemputan bengkel ini telah disampaikan oleh Encik Bistamam daripada Bistamam Training And Consultancy. 

Tajuk “Grammer Excellence Workshop” telah dipilih adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai teknik-teknik menjawab soalan Tatabahasa dalam matapelajaran Bahasa Inggeris. Disamping itu ia juga boleh mencari dan mengenal potensi keyakinan diri pelajar untuk menjawab soalan Bahasa Inggeris. Penceramah telah memberikan tumpuan serta bimbingan yang lebih terhadap pelajar yang lemah dalam menguasai subjek ini.

Aktiviti perbincangan dan soal jawab juga telah diadakan bagi memberikan ruang kepada pelajar-pelajar untuk menyatakan masalah mereka dalam menjawab soalan. Semua peserta memberikan sepenuh perhatian terhadap penerangan yang telah diberikan.

Apa yang diharapkan semoga bengkel ini dapat memberikan manfaat yang sangat berguna kepada pelajar yang terlibat dan dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk peperiksaan SPM yang akan datang.

Tag: smakt Grammer Excellence Workshop Aktiviti

0 komen

Sila berikan komen anda di sini