Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

KULIAH BULANAN MAULANA JUHARI AL-JENDERAKI

Seramai 15 orang wakil pelajar dari asrama lelaki besama Ustaz Mohd Firdaus Bin mohd Azmy sebagai guru pengiring telah berpeluang menghadiri kuliah bulanan Maulana Juhari Al-Jenderaki. Beliau merupakan Mudir di Darul Uloom Al-Islamiah, Jerantut Pahang. Kuliah ini telah berlangsung pada pukul 7.30 pm hingga 9.30 pm di Masjid Al-Mutmainnah, Taman Bunga Raya, Temerloh. 

Objektif utama pelajar-pelajar ini menghadiri kuliah tersebut adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dengan ahli qariah setempat dan untuk mendekatkan diri pelajar dengan majlis ilmu. Aktiviti yang dijalankan antaranya sembahyang berjemaah, kuliah maghrib dan jamuan makan malam.

Tag: 2020 Aktiviti

1 komen

Mohd Saufi bin Zaidi

2020-10-06 04:24:33 UTC

NO KOMEN

Sila berikan komen anda di sini