Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

TAKLIMAT PEMILIHAN ALIRAN DI TINGKATAN 4

4 Januari 2018, Khamis : Satu taklimat yang bertajuk Modul Pemilihan Aliran Di Tingkatan 4 telah pun diadakan khusus untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 SMAKT. Taklimat ini adalah di bawah Penyelarasan Unit Bimbingan Kaunseling SMAKT. 

Seramai 182 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 4 telah menyertai taklimat tersebut. Terdapat 6 kelas yang berlainan aliran telah di sediakan di SMAKT iaitu Teras 1, perniagaan, ekonomi, Teras 2, perakaunan dan sains tulen.

Ianya diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan merungkai beberapa masalah dalam pemilihan aliran yang bersesuaian dengan pelajar-pelajar. Justeru itu, penilaian yang tepat adalah penting bagi menentukan hala tuju yang terbaik bagi pemilihan aliran yang sesuai. Pemilihan aliran yang sesuai juga dapat menentukan masa depan yang lebih cemerlang untuk pelajar. 

Apa yang perlu dibuat ialah buatlah pilihan yang tepat semasa memilih aliran Sains atau sebaliknya. Ini kerana pemilihan aliran yang betul akan memastikan masa depan yang cemerlang buat pelajar Tingkatan 4 dan sekaligus semasa SPM nanti. Manakala pemilihan aliran yang salah pula pasti akan memberi satu tekanan buat mereka. 

Tag: Aktiviti smakt 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini