Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PROGRAM PEMANTAUAN 4K KALI-2 2018

SMAKT – Alhamdulillah Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah telah berjaya melayakkan diri ke pusingan ke-2 Pemantaun 4K sesi 2018 untuk dua kategori iaitu keselamatan dan kebersihan.
 
Pemantauan 4K tersebut telahpun selesai dijalankan pada 19 Julai 2018 (Khamis) bersamaan 6 Zulkaedah 1439H yang lalu. Pegawai-pegawai yang terlibat untuk Pemantauan 4K di SMAKT untuk kategori kebersihan ialah Ustazah Siti Meriam binti Mohamad (Pengetua SMA Al-Wosto), Cikgu Noraini binti Abdul Manap (Pengetua Ma’ahad SAS) dan Ustazah Siti Iedah binti Hj Zaini (GPK HEP SMA Rompin). Manakala untuk kategori keselamatan pula pegawai yang terlibat ialah Ustaz Mohamad Najib bin Jaafar (SMA bukit ibam), Ustaz Mohd Zin bin Mat Saman (GPK HEP SMA Al-Attas) dan Cikgu Mohd Fairuz bin An Kudus (GPK Ko-Kurikulum SMA Dong).
 
Tempat yang terlibat dengan Pemantauan 4K antaranya Perpustakaan, Bilik BOS, Makmal Sains, Bilik Kesihatan, Asrama, Bilik Tahfiz, Kelas, Bilik RBT dan Bilik Media. Aktiviti pemantauan ini telah bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 12.00 tengahari. 
 
Terima kasih atas kehadiran para Pegawai Pemantau 4K ke SMAKT. Semoga kejayaan menjadi milik SMAKT Insya Allah.

Tag: 2018 Program 4K smakt

0 komen

Sila berikan komen anda di sini