Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR & KERJAYA ANAK PERHATI KE UMP, KUANTAN

SMAKT – Pada 15 Mei 2018 (Selasa) yang lalu, seramai 13 orang pelajar tingkatan 5 dari kumpulan anak PERHATI telah menyertai program lawatan sambil belajar dan kerjaya 2018 ke UMP Kuantan. Program ini adalah dibawah anjuran Yayasan Pahang, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh. Rombongan ini telah diiring oleh Ustazah Suriyati Binti kaspan selaku Jawatankuasa PERHATI di SMAKT.

Rasionalnya program ini diadakan adalah kerana pelajar daripada anak-anak Yatim Permata Hati (PERHATI) sangat memerlukan pengetahuan dan maklumat berkaitan peluang-peluang pendidikan untuk mereka melanjutkan atau meneruskan pengajian selepas SPM. Pengetahuan dan maklumat kerjaya ini akan dapat meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran. Sebahagian besar dari mereka adalah kurang berkemampuan dari segi kewangan. Dengan membawa mereka ke IPTA /IPTS ini, akan memungkinkan mereka lebih mengetahui arah dan halatuju mereka selepas SPM nanti.

Objektif program ini antaranya ialah untuk melahirkan pelajar PERHATI yang mengetahui halatuju kerjaya mereka, agar dapat meningkatkan disiplin pelajar ke tahap yang membanggakan, dapat membantu pelajar PERHATI mengetahui peluang untuk mendapatkan pendidikan kerjaya selepas SPM dan meningkat keyakinan diri untuk menonjolkan potensi diri dalam pencapaian akedemik serta dapat memotivasikan pelajar PERHATI untuk terus berusaha dengan lebih gigih bagi mencapai kejayaan.

Tag: 2018 Program PERHATI

0 komen

Sila berikan komen anda di sini