Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PENGUMUMAN RASMI KEPUTUSAN SMA 2020

SMAKT, 8 April 2021 : Keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Agama Pahang (SMA) 2020 telah diumumkan secara rasmi pada 7 April 2021 oleh Pengarah JAIP. Pengumuman tersebut telah dibuat secara langsung melalui FB JAIP. Ini kerana memandangkan situasi pendamik Covid-19 yang masih tidak menentu maka pengumuman secara atas talian terpaksa dilaksanakan dan tidak dibuat secara terbuka seperti kebiasaannya.

Jumlah keseluruhan calon SMAKT yang memperoleh keputusan cemerlang pada tahun ini adalah seramai 143 orang iaitu 12 (Mumtaz Sofi), 32 ( Mumtaz), 59 (Jayyid Jiddan) dan 40 (Jayyid).

Namun demikian keputusan keseluruhan GPS sekolah terdapat sedikit penurunan sebanyak 0.73, dimana GPS tahun ini sebanyak 2.80 berbanding tahun sebelumnya 2.07 peratus. Walaubagaimanapun SMAKT telah tersenarai di ranking yang ke-3 daripada 18 buah Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (SMAN).

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi di atas kejayaan yang diperoleh dan diucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru yang telah mencurahkan segala ilmu kepada pelajar-pelajar khususnya guru SMA serta tahniah kepada seluruh warga Al-Khairiah.

Tag: SMA 2020

0 komen

Sila berikan komen anda di sini