Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

MAJLIS PELANCARAN IHYA’ RAMADHAN DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA KERAJAAN NEGERI PAHANG SECARA MAYA TAHUN 1442H/2021M

Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadhan 1442H/2021M bagi Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang telah berlangsung dengan jayanya pada 9 April 2021 (Jumaat) yang lalu, dan telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang iaitu Dato’ Dr. Haji Zulkifle Bin Haji Ali Al-Hafiz, DIMP., SMP

Majlis ini telah dilaksanakan secara maya yang dipancarkan secara langsung dari Dewan SMA Pelangai, Bentong selaku Tuan Rumah melalui akaun Facebook JAIP. Walaubagaimanapun majlis ini telah dilaksanakan secara serentak di semua 18 buah SMAN.

 Aturcara Majlis:

  • Nyanyian lagu 
          - Negaraku
          - Allah Selamatkan Sultan Kami
          - SMAN Pahang
  • Bacaan al-quran
  • Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
  • Ucapan Alu-Aluan Pengetua/ Penolong Kanan
  • Ucapan perasmian 
  • Penyampaian cenderahati kepada perasmi
  • Jamuan/ Bersurai

Tag: 2021 IHYA' RAMADAN

0 komen

Sila berikan komen anda di sini