Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

BENGKEL KECEMERLANGAN PEPERIKSAAN STAM 2019 SMAN PAHANG

Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah menganjurkan satu Bengkel Kecemerlangan Peperiksaan STAM bagi Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang. Bengkel ini telah berlangsung selama 4 hari  bermula dari 4hb sehingga 7hb Oktober 2019. Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan telah menjadi tuan rumah untuk bengkel kecemerlangan pada kali ini. Bengkel ini telah menggabungkan dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh dan Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pekan.
 
Pada hari terakhir bengkel, satu taklimat elanjutkan pelajaran ke Mesir telah disampaikan oleh tenaga pengajar Pusat Bahasa iaitu Ustaz Saifulbahry Bin Dollah Sajat. Majlis penutupan Bengkel Kecemerlangan Peperiksaan STAM ini telah dirasmikan oleh Ust Abd Razak bin Abu Musa Saari, Ketua Pegawai Operasi Yayasan Pahang. Semoga semua pelajar akan beroleh manfaat atas usaha ini bagi membantu pelajar untuk terus cemerlang di masa hadapan. 

Tag: 2019 stam

0 komen

Sila berikan komen anda di sini