Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PROGRAM PECUTAN MUMTAZ PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) 2018

SMAKT - Seramai 185 orang pelajar tingkatan 4 mengikuti Program Pecutan Mumtaz bagi Peperiksaan SMA yang telah dianjurkan oleh PETKA. Program ini bermula dari 1hb sehingga 10hb Oktober 2018 dan berjalan sepanjang sesi persekolahan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Penceramah untuk program ini terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bouth dari sekolah ini.

Program ini merupakan tentatif yang telah disusun oleh penyelaras tingkatan khususnya dan pihak sekolah bagi membantu pelajar-pelajar mengekalkan potensi kejayaan di dalam pelajaran melalui latihan menjawab soalan-soalan peperiksaan, sekaligus dapat membantu untuk meningkatkan pencapaian pelajar sehingga hari peperiksaan sebenar. 

Semoga segala usaha dan kesungguhan dari semua pihak akan membuahkan hasil yang cemerlang. 

Tag: 2018 SMA

0 komen

Sila berikan komen anda di sini