Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

KARNIVAL PERGERAKAN PUTERI ISLAM PERINGKAT DAERAH TEMERLOH

Seramai 11 orang pelajar beserta 3 orang guru pengiring dari SMAKT telah berpeluang menyertai Karnival Pergerakan Puteri Islam Peringkat Daerah Temerloh dibawah anjuran  Pergerakan Puteri Islam Malaysia Perhubungan Temerloh dan Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh pada 19 Jun 2019 (Rabu) yang lalu. 

Karnival ini telah diadakan di Padang SMK Seri Semantan dan ianya telah berlangsung seawal jam 8.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petang. Sasaran utama carnival ini adalah kepada semua murid sekolah rendah dan menengah yang terdiri daripada ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) yang telah berdaftar dalam Daerah Temerloh. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperolehi akan dimanfaatkan sepenuhnya.

Objektif utama karnival adalah:
  1. Untuk mendedahkan pelajar kepada survival hutan.
  2. Untuk membentuk pelajar yang kreatif dan inovatif.
  3. Untuk merapatkan hubungan silaturrahim semua ahli PPIM di kalangan guru dan pelajar.
  4. Untuk membentuk pelajar yang lebih berdikari.

 Aktiviti yang dijalankan antaranya :
  1. Pertandingan masakan rimba.
  2. Pertandingan gajet.
  3. Pertandingan gubahan dari bahan terbuang.
  4. Buku log

Tag: 2019 Pergerakan Puteri Islam

0 komen

Sila berikan komen anda di sini