Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

KURSUS ASAS MEMANAH & KESELAMATAN MEMANAH 01/2018

SMAKT – Kelab Memanah SMAKT telah berjaya menganjurkan satu Kursus Asas Memanah Dan Keselamatan Memanah kepada ahli-ahli kelab tersebut. Seramai 101 orang peserta yang terdiri dari tingkatan satu sehingga tingkatan lima telah menyertainya. Kursus ini telah diiringi oleh seorang guru penasihat kelab iaitu Ustazah Zamila Binti Aziz.

Pihak Kelab telah menjemput Qiefah Archery Mentakab sebagai penceramah untuk kali ini. Ianya telah diadakan pada 10 Februari 2018 (Sabtu) dan bertempat di Dataran Asrama Putera Amru Ibnu Al-Asr. Kursus ini telah bermula seawal jam 8.00 pagi dan telah berakhir jam 1.00 tengahari.

Banyak aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut antaranya sarapan pagi, senaman ringan, taklimat keselamatan ketika memanah, taklimat dan demo cara memanah yang betul, praktikal memanah dan pertandingan memanah serta penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Bersabda Rasulullah SAW “Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar dan Thabarani).

Tag: 2018 smakt Kelab Memanah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini