Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

KELAS INTENSIF TINGKATAN 5 Al-FARABI BAGI MATA PELAJARAN EKONOMI

Kelas Intensif bagi mata pelajaran ekonomi telah berjaya dilaksanakan di kelas 5 Al-Farabi pada 13 Julai 2019 (Sabtu) yang lalu. Kelas ini adalah dibawah anjuran Panitia Ekonomi. Kelas intensif ini telah disampaikan oleh guru jemputan iaitu Cikgu Faezah binti Abdul Rashid dari SMK Temerloh Jaya.
 
Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan teknik menjawab soalan. Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut ialah membuat latih tubi bagi soalan ekonomi. Turut hadir cikgu Khairul Azhar bin Abdul Majid selaku guru mata pelajaran Ekonomi tingkatan 5.

Tag: 2019 spm

0 komen

Sila berikan komen anda di sini