Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PROGRAM SOLAT HAJAT PERDANA 2018

SMAKT - Majlis Solat Hajat Perdana dan Bacaan Yassin telah dilaksanakan pada hari ini bertarikh 28 September 2018 (Jumaat) bersempena dengan Peperiksaan Bersijil PT3, SMA, SPM dan STAM. Majlis ini dianjurkan oleh pihak PIBG dengan kerjasama pihak sekolah. Semua AJK PIBG, warga SMAKT dan ibu bapa calon peperiksaan telah dijemput hadir. 

Objektif program ini diadakan adalah sebagai salah satu persiapan dari aspek kerohanian serta bertujuan untuk melahirkan kesedaran kepada pelajar agar sentiasa berserah dan memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan kejayaan setelah melakukan pelbagai usaha dan ikhtiar. 

Majlis telah dimulakan dengan solat hajat pada jam 8.00 pagi dengan berimamkan Ustaz Mohamad Firdaus bin Abdul Ghafar. Kemudian disusuli dengan ucapan dari Tuan Pengetua iaitu Ustaz Zaidi bin Ismail dan diikuti ucapan dari YDP PIBG iaitu Encik Hasanuddin bin Salim. Selepas itu, acara majlis bacaan Yassin dimulakan dengan diketuai oleh Ustaz Mohd Firdaus bin Mohd Azmy.

Setelah selesai semua acara para hadirin dijemput untuk  menjamu selera. Secara keseluruhannya, majlis ini telah berjalan lancar seperti yang dirancang dan  selesai pada jam 9.30 pagi.

Tag: 2018 Aktiviti

0 komen

Sila berikan komen anda di sini