Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

ZON 3 DINOBAT JUARA (MASISUPA PERINGKAT PUSAT)

19 Mac 2017, Ahad: Pasukan Zon 3 sekali lagi telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah Agama Pahang (MASISUPA) kali ke-33 bagi tahun 2017. Apa yang boleh dibanggakan ialah Zon 3 telah berjaya  mengekalkan kejuaraannya sebanyak 3 kali berturut-turut. Pasukan Zon 3 telah disertai oleh peserta dari 6 buah Sekolah Menengah Agama yang terdiri daripada (SMA) Chenor, SMA Al-Khairiah, SMA Al-Wosto, SMA Pelangai, SMA Guai dan SMAR Darunnaim.  

MASISUPA di peringkat pusat pada tahun ini telah diadakan di Kuliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pekan bermula dari 17  Mac yang lalu. Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Exco Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Negeri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk MASISUPA kali ke-33 iaitu Datuk Syed Ibrahim bin Syed Ahmad yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Sebanyak sembilan acara sukan dan 17 acara bagi ilmiah telah dipertandingkan dengan disertai seramai 1,811 orang peserta. Syabas dan Tahniah kepada semua peserta dan guru pembimbing Zon 3.

sumber berita : Surat khabar Sinar Harian / Selasa 21 Mac 2017

Tag: MASISUPA MASISUPA Pusat Kokurikulum smakt Aktiviti Zon 3 Juara Sukan Dan Ilmiah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini