Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN SMA 2019

17 Disember 2019, Selasa: Keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) 2019 telah pun diketahui oleh semua pelajar. Alhamdulillah keputusan keseluruhan GPS SMAKT telah meningkat dari 2.25 pada tahun 2018 kepada 2.07 pada tahun ini. Sekaligus telah menempatkan SMAKT berada di ranking yang ke-2 daripada 18 buah Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (SMAN). 
 
Jumlah keseluruhan calon SMAKT yang memperoleh keputusan cemerlang pada tahun ini adalah seramai 93 orang iaitu 26 orang pelajar telah mendapat pangkat Mumtaz Sofi dan 67 orang pelajar lagi memperoleh pangkat Mumtaz. Tahniah juga diucapkan kepada Nurul Ain Binti Rozali kerana telah dinobatkan sebagai salah seorang Pelajar Cemerlang SMA bagi tahun ini.
  
Ustaz Badrul Hisham bin Abdul Aziz selaku GPK Pentadbiran & Kurikulum, telah berbesar hati untuk mengumumkan keputusan SMA pada tahun ini. Manakala penyampaian keputusan kepada Pelajar Cemerlang SMA telahpun disempurnakan oleh YDP PIBG iaitu Encik Hasanuddin Bin Salim. 

Dengan ini pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru yang telah mencurahkan segala ilmu kepada para pelajar, khususnya guru SMA serta tahniah kepada seluruh warga Al-Khairiah atas kejayaan ini.
 
Berikut adalah keputusan penuh SMA bagi SMAKT 2019:
MUMTAZ = 93 orang
JAYYID JIDDAN = 34 orang
JAYYID = 22 orang
MAQBUL = 6 orang
RASIB = 21 orang

Tag: 2019 SMA

0 komen

Sila berikan komen anda di sini