Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

SAYANGI ANAK-ANAK KITA

SMAKT – Ceramah Motivasi Multimedia Bergambar berkaitan bahaya merokok, dadah dan gejala sosial di kalangan remaja telah berjaya diadakan di Dewan Al-Abqori SMAKT pada 25 April 2018 (Rabu). Sasaran utama ceramah ini adalah kepada pelajar tingkatan 3 dan 4. Ianya bermula seawal jam 8.00 am dan berakhir jam 11.30 am.

Penceramah jemputan pada kali ini didatangkan khas dari Seremban, Negeri Sembilan. Beliau merupakan seorang penulis buku motivasi bertajuk Racun Dunia yang menggunakan nama pena Don A. Samad atau nama sebenar beliau ialah Hamidon Bin Abdul Samad. 

Ceramah yang disampaikan bertujuan bagi memberi pendedahan dan ilmu pengetahuan di kalangan para pelajar berkenaan permasalahan remaja masa kini. Dengan adanya program sebegini, diharap ianya dapat mendisiplinkan para pelajar agar tidak terlibat dengan perkara-perkara yang negatif. Sayangilah masa depan anak-anak kita.


Tag: 2018 motivasi

0 komen

Sila berikan komen anda di sini