Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

MAJLIS JASAMU DIKENANG BERSAMA GURU DAN KAKITANGAN

Pada 27 September 2019 (Jumaat) yang lalu, warga guru dan kakitangan Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh telah mengadakan satu jamuan makan malam sempena pertukaran Mantan Pengetua SMAKT iaitu Al-Fadhil Ustaz Zaidi bin Ismail. Beliau telah bertukar ke Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan Kuantan. Kehadiran warga SMAKT adalah amat menggalakkan, turut hadir menambahkan lagi seri perjalanan majlis ialah para jemputan VIP antaranya YB. Dato' Haji Nor Azmi bin Mat Ludin, DIMP., YDP PIBG En. Hasanuddin bin Salim serta Alumni SMAKT. Majlis ini telah diadakan di Ckin Anggun Collection, Kampung Chatin Mentakab.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis. Kemudian disusuli ucapan daripada Pengetua SMAKT, YDP PIBG dan YB. Dato' Haji Nor Azmi bin Mat Ludin. Majlis diteruskan lagi dengan memperdengarkan ucapan insan yang diraikan iaitu Al-Fadhil Ustaz Zaidi bin Ismail. Dalam ucapan beliau telah menyampaikan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak sekolah terutamanya kepada guru-guru dan bahagian pentadbiran yang telah banyak memberi kerjasama dan peluang kepada beliau untuk bersama-sama menjadikan SMAKT antara sekolah yang terbaik dan cemerlang dalam mencapai visi Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah terunggul menjelang 2020.

Tayangan montaj Jasamu Dikenang menyusul pula. Semua gambar disatukan sebagai kenangan sepanjang beliau berkhidmat di SMAKT. Seterusnya acara memotong kek perpisahan pula dilaksanakan sebelum para tetamu menjamu selera. Selepas itu acara penyampaian hadiah daripada PIBG, Alumni SMAKT dan daripada individu telah dilaksanakan dengan jayanya. 

Sebelum bersurai semua guru-guru dan kakitangan SMAKT telah menyertai sesi bergambar sebagai kenang-kenangan di masa akan datang. Warga SMAKT mengucapkan selamat berkhidmat di tempat baru dan ribuan terima kasih tuan pengetua kerana pernah bersama menjadi sebahagian dari warga SMAKT. Jasamu akan sentiasa dikenang.

Tag: 2019 perpisahan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini