Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

MAJLIS RESTU ILMU PT3 2018

SMAKT – Majlis Restu Ilmu bagi calon PT3 2018 seramai 203 orang telah berjaya diadakan di Dewan Al-Abqari pada 26 September 2018. Majlis telah berlangsung pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari. 

Majlis restu ilmu ini merupakan satu langkah untuk mempersiapkan calon PT3 dari segi fizikal dan mental sebagai persediaan terakhir untuk menghadapi peperiksaan sebenar. Rasionalnya program ini mampu menjadi kekuatan kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan kerana memperoleh restu dan keberkatan ilmu dari guru-guru sebagai bekalan paling berharga. Disamping itu mereka juga akan sentiasa mendapat sokongan berterusan daripada guru-guru dan juga pihak sekolah.

Semoga berjaya dengan cemerlang. Yakinlah pada diri dan mulalah mencipta sejarah hidup yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Tag: 2018 pt3

0 komen

Sila berikan komen anda di sini