Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PROGRAM PENUTUPAN USRAH MUSLIMIN 2019

Penutupan Usrah bagi pelajar lelaki tingkatan 1  hingga 3 telah berjaya dilaksanakan pada 4 Ogos 2019 (Rabu).  Program dibawah anjuran BADIB ini telah diadakan DI Dewan Al-Abqori dan telah berlangsung selama 3 jam, bermula pukul 3.00 pm.

Aktiviti yang telah dijalankan antaranya ialah majlis penutupan usrah dan praktikal solat jenazah. Objektif program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai teori dan praktikal untuk solat jenazah.

Ustaz Mohd Firdaus Bin Mohd Azmy turut hadir pada program tersebut sekaligus merasmikan Majlis Penutupan Usrah 2019.

Tag: 2019 Aktiviti BADIB

0 komen

Sila berikan komen anda di sini