Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

SOLAT HAJAT PERDANA SPM 2018

9 November 2018 - Seluruh warga SMAKT bersama-sama mendirikan Solat Hajat yang telah diimamkan oleh Ustaz Mohd Firdaus Bin Mohd Azmy sempena peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 13 November 2018 ini. Seramai 172 orang calon dari SMAKT akan menduduki peperiksaan tersebut. 
Tujuan Solat Hajat ini dianjurkan adalah untuk mendedahkan kepada pelajar cara memohon bantuan daripada Allah S.W.T bagi menghadapi peperiksaan, memupuk rasa cinta kepada ibadah dan meningkatkan lagi ilmu dalam menjalankan solat hajat secara berjemaah. Semoga kejayaan mengiringi kalian.

Tag: 2018 Aktiviti

0 komen

Sila berikan komen anda di sini