Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

MASISUPA ZON 3 KALI KE 33, TAHUN 2017

Majlis Sukan Dan Ilmiah Sekolah-Sekolah Agama Negeri Pahang (MASISUPA) Peringkat Zon 3 telah pun berlangsung dengan jayanya selama 5 hari iaitu bermula dari 1hb sehingga 5hb Mac 2017 yang lalu. Secara keseluruhannya SMAKT telah berjaya merangkul kedudukan sebagai Naib Johan pada kejohanan sukan kali ini. MASISUPA telah pun berlangsung di Sekolah Menengah Agama Chenor, Maran dan telah disertai oleh pelajar–pelajar dari 6 buah sekolah agama iaitu SMA AL-KHAIRIAH, SMA CHENOR, SMA AL-ITTIFAQIYYAH GUAI, SMA AL-WOSTO, SMA PELANGAI dan SMA DARUL NAIM KUALA KRAU.

Antara acara Ilmiah yang dipertandingkan adalah Syarahan BM, BI dan BA, Khutbah, Kupasan Hadith, Tilawah Al-Quran, Bahas BM, BI dan BA, Tahfiz Al Quran, Kuiz BI dan BA, Tafsir Al Quran, Marhaban dan Nasyid. Manakala acara sukan yang dipertandingkan seperti Badminton, Bola Jaring, Bola Tampar, Bola Sepak, Takraw dan Pingpong.

Sekalung tahniah buat mereka yang berjaya melepasi ke Kejohanan MASISUPA Pusat yang akan berlangsung pada 17 Mac 2017 nanti. Didoakan semoga kesemua Kontijen Zon 3 Amnya, dan kontinjen SMAKT khususnya, berjaya mengharungi cabaran yang mendatang seterusnya mewakili Negeri Pahang dalam acara sukan mahupun ilmiah.

 
“BADAN CERGAS MINDA CERDAS”
 

Keputusan Keseluruhan SMAKT bagi Acara Ilmiah dan Sukan:

 ACARA ILMIAH:
13 : EMAS
  6 : PERAK
  3 : GANGSA
 
 ACARA SUKAN:
5 : EMAS
 9 : PERAK
 7 : GANGSA 

Tag: MASISUPA MASISUPA Zon 3 smakt Aktiviti Kokurikulum Sukan Dan Ilmiah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini