Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 SESI 2023/2024 SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-KHAIRIAH, TEMERLOH

Rabu, 1 Mac 2023: Telah selesai dengan jayanya perlaksanaan pendaftaran pelajar baru untuk tingkatan 1 bagi sesi persekolahan 2023 / 2024. Pendaftaran pelajar telah diadakan di Dewan Terbuka bermula jam 8.00 pagi. Pendaftaran dilakukan sepenuhnya secara online dengan kerjasama pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (SUK). Seramai 275 orang pelajar telah mendaftarkan diri di sekolah ini. Turut hadir Yang Berhormat Encik Hassanuddin Salim selaku Yang Dipertua PIBG SMAKT untuk bersama-sama memeriahkan program pada hari tersebut.

Oleh yang demikian, pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang telah bertungkus-lumus dalam melaksanakan proses pendaftaran agar ianya berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Dengan ini, semua warga sekolah berbesar hati untuk mengucapkan ‘Ahlan Wasahlan’ kepada para pelajar tingkatan 1 sesi 2023 / 2024 dan selamat menjadi warga "SMA AL-KHAIRIAH, TEMERLOH".

Tag: smakt 2023 Pendaftaran

0 komen

Sila berikan komen anda di sini