Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN ANAK-ANAK TAHFIZ

Alhamdulillah pada 26 Julai 2019 (JUmaat), satu Majlis Penyampaian Sumbangan kepada 7 orang pelajar Tahfiz SMAKT telah berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang. Sumbangan ini telah disampaikan oleh GPK Pentadbiran SMAKT iaitu Ustaz Badrulhisham bin Abdul Aziz. Majlis ini diadakan sempena kejayaan mereka menghafal ayat suci Al-quran dalam tempoh enam bulan atas bimbingan dari Ustaz Firdaus bin Mohd Azmi dan Ustaz Firdaus bin Abd Ghaffar. Semoga terus berjaya mengejar impian menjadi Al-Hafiz yang cemerlang di dunia dan akhirat, berjiwa rabbani dan menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar yang lain.

Berikut adalah senarai nama dan juzuk yang berjaya dihafal dalam tempoh 6 bulan:

Tingkatan 1 = Juz 29, 30 & 1
1) Ahmad Zarif bin Zaini
2) Mohamad Mursyid Amri bin Mohd Anuar
3) Muhammad Aqil Safwan bin Armadi
4) Muhammad Faiz Danial bin Amran
5) Muhammad Syafi Amsyar bin Mohd Sarifudin


Tingkatan 2 = Juz 2, 3 & 4
1) Mohamad Iqbal Afiq bin Mohamad Nor
2) Muhammad Aniq Aqil bin Mohamad Zaki

Tag: 2019 Tahfiz

0 komen

Sila berikan komen anda di sini