Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PENERANGAN CARA PENGGUNAAN BUKU MUFRADAT BAHASA ARAB

SMAKT – Satu sesi penerangan mengenai cara penggunaan Buku Mufradat Bahasa Arab telah dilaksanakan pada hari Jumaat bersamaan 2 Mac 2018. Ianya telah diadakan di Dataran AL-Muttaqin seusai perhimpunan pagi. Warga pendidik SMAKT khususnya guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Arab dan Bu’uth juga turut hadir bersama-sama untuk mendengar penerangan tersebut.

Penerangan ini telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Farid Bin Mohd Din. Beliau merupakan seorang Pensyarah di Kolej Yayasan Pahang. Di dalam penerangan yang disampaikan, beliau telah mendedahkan beberapa kaedah alternatif bagi penulisan Mufradat Bahasa Arab serta memberi idea untuk penyelesaian masalah bagi penulisan Mufradat. 

Semasa sesi penerangan ini, pelajar telah dibekalkan senaskah nota berkaitan dengan Mufradat atau Kosa Kata sebagai bahan rujukan mereka.

Tag: 2018 Bahasa Arab smakt

0 komen

Sila berikan komen anda di sini