Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2018

Pengetua SMAKT, Ustaz Zaidi bin Ismail, AMP. telah meluangkan masa bersama-sama dengan 172 orang calon SPM bagi mengaminkan bacaan doa sebelum calon melangkah masuk ke Dewan Peperiksaan. Peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 telah pun bermula pada 13 November dan akan berakhir pada 6 Disember ini. Semoga kejayaan mengiri kalian semua.

Ya Allah, 
Kurniakan mereka kesihatan baik yang berterusan, selamatkan perjalanan mereka ke Dewan peperiksaan, lindungi dari halangan dan rintangan. 

Ya Allah, 
Mudahkan setiap soalan bagi mereka, tajamkan akal fikiran mereka, lancarkan penulisan mereka, ingatkan apa yang mereka lupa dan bantu mereka untuk menjawab soalan dengan tepat dan betul.  

Ya Allah, 
Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Mu semata-mata.

Ikhlas daripada : Barisan Pentadbir dan guru-guru SMAKT

Tag: 2018 spm

0 komen

Sila berikan komen anda di sini