Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

SAMBUTAN HARI GURU 2019

Pada 29 April 2019 (Isnin) yang lalu Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah bertempat di Dataran Al-Muttaqin. Badan Pengawas telah terlibat sepenuhnya di dalam membuat perancangan, persediaan, persiapan dan seterusnya mengendalikan perjalanan majlis. 

Terdapat 2 kategori acara yang disediakan iaitu indoor (gubahan kain batik, hiasan kek dan membuat kerabu) dan outdoor (bowling kelapa, sepak takraw dan bola jaring).

Semua acara yang telah dijalankan semata-mata untuk memberi pengiktirafan buat semua warga guru. Semoga dengan pengiktirafan ini, warga guru akan lebih beriltizam, bertekad serta berusaha untuk mengangkat martabat profesion keguruan sebagai profesion yang dipandang tinggi semurni tugas seorang guru.

 
Aturcara program:
8.30     : Sukaneka
10.30   : Sarapan
11.00   : Ucapan aluan 
            : Bacaan doa
            : Ucapan wakil pelajar
            : Ucapan Pn. Halimahtun
            : Ucapan Alumni
            : Cabutan bertuah sesi 1
            : Ucapan YDP PIBG
            : Ucapan Pengetua
            : Bacaan ikrar & nyanyian lagu Guru Malaysia
            : Persembahan
            : Cabutan ertuah sesi 2
            : Kuiz guru
            : Penyampaian hadiah
            : Jamuan

Tag: 2019 hari guru

0 komen

Sila berikan komen anda di sini