Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

TAHNIAH! ATAS KEJAYAAN ANDA... PT3 2016

Isnin, 19 Disember 2016: SMA Al-khairiah telah menerima tetamu yang terdiri daripada para pelajar dan ibu bapa yang turut hadir bersama-sama bagi menerima keputusan dan sijil PT3 sesi 2016. Seramai 197 orang pelajar telah menduduki Ujian PT3 pada tahun ini. Mereka hadir dengan penuh harapan agar keputusan yang diperolehi cemerlang dan dapat membanggakan nama sekolah serta ibu bapa. Ianya seiring dengan hasil usaha mereka yang berjuang bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti putus asa. Penyerahan keputusan telah bermula jam 10.30 pagi mengikut kelas masing-masing dan disampaikan oleh guru kelas.  Keputusan PT3 pada tahun ini dengan rasminya telah mencatatkan seramai 42 orang memperolehi keputusan yang cemerlang dari 10A sehingga 6A dan majlis penyerahan keputusan telah berakhir jam 1.00 tengah hari. Tahniah kepada semua pelajar cemerlang PT3 2016 .

Berikut adalah antara senarai nama calon yang memperolehi keputusan cemerlang PT3 2016:

1~ Ainnur Irdina Binti Azerun (10A 1B)
2~ Yasmin Binti Hussain (10A 1B)
3~ Balqis Zinnirah Binti Lazli (9A 2B)
4~ Nurdayana Alyssa Binti Abdul Radzif (9A 2B)
5~ Muhammad Musa Bin Hassanuddin (9A 1B 1C)
6~ Nur Aina Aishah Rasyiqah Binti Md Rasid (9A 1B 1C)
7~ Nur Liyana Binti Abdul Aziz (9A 1B 1D)
8~ Nur Liyana Batrisyia Binti Suhaimi (9A 2C)

Tag: smakt PT3 2016 Kurikulum Keputusan Peperiksaan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini