Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

KURSUS RINTIS PROGRAM FOR INTERNATIONAL STUDENT ASSESSMENT (PISA)

Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPN) telah menganjurkan satu Kursus Rntis PISA kepada guru-guru yang akan melaksanakan program ini di sekolah-sekolah yang terpilih. Kursus ini telah dilaksanakan pada Khamis bertarikh 27 Februari 2020. 

Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi kemahiran kepada guru-guru untuk melaksanakan program PISA tersebut. Sepanjang kursus para guru telah diberi latihan kemahiran komputer untuk melaksanakan Program PISA. 

Seramai tiga orang guru dan seorang Kakitangan dari SMAKT telah terpilih untuk menyertai kursus tersebut. Mereka terdiri daripada puan pengetua iaitu Puan Siti Meriam binti Mohamad, Encik Izani bin Daud, En. Khairul Azhar bin Abd Majid dan En. Kamarulzaman bin Shahbudin.

Apa itu PISA?
PISA merupakan satu Program Pentaksiran Dan Kajian Perbandingan Antarabangsa anjuran Organisation For Economic Co-operation And Development (OECD).

Tag: 2020 Aktiviti

0 komen

Sila berikan komen anda di sini