Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

IMBAUAN MASISUPA PUSAT 2019

Tahukah anda apa itu MASISUPA? MASISUPA ialah Majlis Sukan Dan Ilmiah Sekolah Menengah Agama Pahang. Kejohanan ini telah disertai oleh 4 zon yang terdiri dari 18 buah sekolah agama di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang.

Bagi Kejohanan MASISUPA ke-35 tahun 2019 telah disambut meriah dengan kehadiran Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah bersama isteri Cik Puan Nur Bahiyah Mohd Akip pada upacara Majlis Perasmian Penutup di SMA Pulau Tawar, Jerantut pada 26 Mac 2019 yang lalu.

Pada kejohanan MASISUPA kali ini telah menyaksikan Zon 2 memenangi kategori Sukan dan Zon 1 pula telah memenangi kategori ilmiah. Manakala bagi keputusan keseluruhan pula telah menyaksikan Zon 2 (SMA Pulau Tawar, SMA Al-Ihsan, SMA Al-Irsyad, SMA Maran, Maahad Sultan Ahmad Shah) berjaya meraih kemenangan besar sekaligus telah diumumkan sebagai Juara keseluruhan MASISUPA ke-35 tahun 2019. Zon 1 pula telah menduduki Naib Johan, diikuti Zon 3 dan Zon 4.

Piala pusingan MASISUPA ke-35 telah disampaikan oleh Pengerusi Jumaah Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Tag: 2019 MASISUPA

0 komen

Sila berikan komen anda di sini