Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

KELAS INTENSIF TINGKATAN 4 BAGI MATA PELAJARAN INSYAK

Kelas Intensif Tingkatan 4 bagi mata pelajaran  telah berjaya dilaksanakan di Dewan Utama pada 14 Julai 2019 (Ahad). Kelas intensif Insyak ini telah dihadiri pelajar dari kumpulan kedua (4 Al-Farabi, 4 Al Biruni dan 4 Al-Razi). Penceramah jemputan untuk mata pelajaran Insyak telah disampaikan oleh Ustaz Muhamat Asri bin Mansor dari Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan. Kelas ini telah bermula seawal 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengahari.
 
Objektif utama program ini adalah untuk menambah kemahiran menulis karangan bahasa arab. Aktiviti yang dijalankan adalah membina karangan dalam bahasa arab dan bersoal jawab soalan kuiz. Turut hadir guru mata pelajaran Insyak tingkatan 4 iaitu Ustazah Yusra Ilyani binti Faridzul Izan
 

Tag: 2019 SMA

0 komen

Sila berikan komen anda di sini