Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

TAKLIMAT DIPLOMA TAHFIZ NEGERI PAHANG

Satu taklimat mengenai pengambilan pelajar tahfiz Diploma Maahad Tahfiz Negeri Pahang telahpun diadakan pada 3 Mac 2020 (Selasa) yang lalu. Taklimat tersebut telah diadakan di Dewan Al-Abqari SMAKT. Taklimat ini telah disasarkan kepada pelajar tingkatan lima dan enam (STAM). 
 
Tujuan taklimat ini diadakan adalah kerana pihak Maahad Tahfiz Negeri Pahang ingin mengwar-warkan bahawa mereka telah membuka permohonan kemasukan pengambilan pelajar baru bagi pelajar lepasan SPM. 
 
Para pelajar yang berjaya akan ditempatkan di kampus MTNP dan akan mengikuti kursus selama 3 tahun diatas tajaan penuh Yayasan Pahang dan kerjasama dengan JAKIM. Bersama-samalah kita memartabatkan Al-Quran.

Tag: 2020 Aktiviti

0 komen

Sila berikan komen anda di sini