Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PEMERIKSAAN KESIHATAN GIGI BERKALA

Pemeriksaan   Kesihatan   Pergigian   merupakan satu program yang amat penting dalam memberi pendedahan dan maklumat berkaitan kesihatan pergigian yang menyeluruh bagi seseorang individu.

Oleh yang demikian, rawatan pergigian di sekolah ini telah dilaksanakan oleh 2 orang Jururawat Pergigian dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan dari Pejabat Perkhidmatan Pergigian Sekolah Bahagian Temerloh. Mereka berada di sekolah ini mulai 22 Julai 2019 hingga 25 Julai 2019. Sasaran pemeriksaan gigi kali ini adalah kepada semua pelajar tingatan 3 sahaja. Pemeriksaan ini telah diadakan di Bilik Kesihatan Sekolah. 

Tag: 2019 Aktiviti

0 komen

Sila berikan komen anda di sini